NADI eSukan LMS - Peraturan, Penalti dan Fair Play dalam MLBB
6 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mac 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Peraturan, Penalti dan Fair Play dalam MLBB. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami maksud Fair Play iaitu bermain secara jujur dan telus, tidak mengambil kelebihan tidak sah, menghormati lawan dan pengadil, menerima keputusan dengan matang dan Fair Play melindungi ekosistem eSukan. Selain itu, peserta memahami contoh cheating dalam MLBB iaitu penggunaan hack atau script, manipulasi sistem permainan, eskploitasi bug untuk keuntungan, bantuan pihak ketiga tidak sah. Seterusnya, peserta memahami apa itu boosting dan manipulasi rank iaitu boosting untuk naik rank secara tidak adil, menggunakan pemain lain untuk menang, rank tidak mencerminkan kemampuan sebenar, risiko sekatan akaun dan menjejaskan kredibiliti pemain. Akhir sekali, peserta memahami mengenai account sharing iaitu memberi akses akaun kepada orang lain, digunakan untuk bermain bagi pihak pemain, risiko keselamatan akaun, melanggar terma dan syarat permainan dan boleh boleh dikenakan tindakan disiplin.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: